Sunday, December 4, 2011

PARAMETER PELABURAN EMAS


Parameter Pelaburan Emas


Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:
 
Syarat Umum Jual Beli

1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.
 
Pihak Yang Berakad

2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:

i. Baligh, berakal dan rasyid

Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.

ii. Keredhaan

Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.
 
Harga Belian (al-Thaman)

3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.
 
Barang Belian (al-Muthman)

4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.
 
5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.
 
6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:

i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.

ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.

iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.
 
Sighah

7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.
 
8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.
 
9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi

10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:

i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.

ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.
 
Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.
 
Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:
 
Syarat Pertama: Taqabudh

11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.
 
12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

a. Pembayaran secara tunai
b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
c. Pembayaran secara cek peribadi
d. Pembayaran secara kad debit
e. Pembayaran secara kad kredit
f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.
 
Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.
 
Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.
 
13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.
 
14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.
 
Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.
 
Syarat Kedua: Secara Lani 

15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.
 
16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.
 
17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.
 
Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.
 
Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.
 
Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:
 
Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:
 
i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.

ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.

iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.

iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.
 
Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.
 
Akad Dan Unsur Sampingan
 
18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.
 
19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.

20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.
 
21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.
 
22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adahdari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.
 
23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

Saturday, November 5, 2011

“Bedah Buku Al Attas di IAIN Surabaya”




Oleh: Dr Adian Husaini

PADA hari Selasa (2 November 2011), saya bersama Dr Hamid Fahmy
Zarkasyi diundang untuk membahas buku terbaru Prof. Dr. Muhammad
Naquib al-Attas di Pasca Sarjana IAIN Sunan Ampel Surabaya. Buku yang
berjudul Historical Fact and Fiction terbitan Universiti Teknologi
Malaysia tersebut, baru saja diluncurkan pada 9 September 2011. Atas
jasa baik dari Prof Wan Mohd Nor, buku itu saya terima pada awal
September. Secara khusus, Jurnal Islamia-Republika edisi 20 Oktober
sudah membahas buku ini.

Acara di IAIN Surabaya itu diselenggarakan oleh Institut Pemikiran dan
Peradaban Islam Surabaya dan Pusat Pengembangan Intelektual Pasca
Sarjana IAIN Sunan Ampel Surabaya, di Gedung Pasca Sarjana IAIN Sunan
Ampel Surabaya, 2 November 2011. Acara dimoderatori oleh seorang kyai
muda dari Pondok Pesantren Langitan, Tuban, Jatim, yang juga mahasiswa
S-2 di IAIN Sunan Ampel. Memberikan sambutan atas nama Pasca Sarjana
IAIN Sunan Ampel diwakili Masdar Hilmy, Ph.D., salah satu Assisten
Direktur-nya.

Bagi para peminat sejarah, khususnya sejarah Islam di
Melayu-Indonesia, nama Prof. Muhammad Naquib al-Attas sudah kesohor
sebagai salah satu “pendekarnya”. Selama berpuluh tahun, ia berusaha
keras untuk meluruskan pendidikan sejarah yang selama ini didominasi
oleh pemikiran orientalis. Sejak tahun 1980-an, bukunya, Islam and
Secularism, sudah diterjemahkan dalam puluhan bahasa. Buku ini sudah
memuat penjelasan proses Islamisasi di wilayah Nusantara. Bukunya yang
lain, Islam dalam Sejarah Kebudayaan Melayu, juga mengklarifikasi dan
mengkritik sejumlah pendapat para orientalis tentang perkembangan
Islam di Nusantara.

Saat ini umur Prof. S.M. Naquib al-Attas sudah menginjak 80 tahun.
Beliau lahir di Bogor, tahun 1931. S.M. Naquib al-Attas adalah cucu
seorang ulama besar di Bogor, Abdullah bin Muhsin al-Attas, yang juga
guru sejumlah ulama terkenal di Jabodetabek, seperti KH Abdullah
Syafii, dan sebagainya. Tapi, di usianya yang sudah sangat lanjut itu,
Prof al-Attas masih berhasil menerbitkan sebuah buku yang luar biasa,
berjudul Historical Fact and Fiction. Hingga kini, buku ini tampaknya
merupakan puncak karya Naquib al-Attas tentang sejarah Melayu selama
ini. Sama dengan buku Islam dalam Sejarah Kebudayaan Melayu, seolah
menegaskan pendapatnya selama ini, buku Historical Fact and Fiction
ini pun bergambar sampul kaligrafi “ayam jago”, simbol awal kehidupan
baru.

Buku ini memang fantastis, melihat ketajaman analisis dan kekayaan
referensi yang digunakannya. Melalui buku ini, al-Attas berhasil
membalik berbagai pandangan umum tentang sejarah Islam dan Melayu yang
sudah dianggap mapan, sebagaimana yang selama ini diteorikan oleh
sejarawan lain.

Al-Attas, misalnya, memperjelas kembali gambaran bagaimana
keberhasilan para pendakwah Islam (digunakan istilah “misionaris
Islam”) dalam mengangkat dan mengislamkan bahasa Melayu, sehingga
berhasil menjadi bahasa persatuan di wilayah Nusantara.

Bahasa Melayu yang semula hanya digunakan oleh sebagian kecil
masyarakat Sumatra, kemudian diangkat, di-Islamisasi, dan digunakan
sebagai bahasa pengantar dalam dunia ilmiah di wilayah Nusantara ini.
Karena itulah, simpul al-Attas, bahasa Melayu dan agama
Islam,merupakan dua faktor penting yang berjasa dalam upaya penciptaan
semangat kebangsaan dan persatuan di wilayah Nusantara. (The spread of
the new and vibrant Malay language and literature as a vehicle of
Islam and knowledge presently used by more than two hundred million
people in the Malay Archipelago is one of the most important factors
in the creation of nationhood, the other factor being the religion of
Islam itself. Historians of the Archipelago have never considered
language as an important source material for the study of history.
hal. xvi).

Analisis al-Attas itu menarik. Sebab, selama ini bangsa Indonesia
sudah sangat akrab dengan satu “dogma” pelajaran sejarah, bahwa yang
berjasa besar dalam penyatuan Nusantara adalah Kerajaan Hindu
Majapahit, terutama di era pemerintahan Hayam Wuruk dan Gajah Mada.
Berbagai buku sejarah menulis, bahwa hanya pernah ada dua Kerajaan di
Indonesia yang bersifat Nasional, yaitu Kerajaan Sriwijaya (Budha) dan
Kerajaan Majapahit (Hindu). Islam belum pernah menyatukan Nusantara.
Itulah informasi yang mudah kita jumpai di berbagai buku sejarah.

Tokoh Kristen di Indonesia, TB Simatupang, pernah menulis bahwa
Indonesia tidak pernah mengalami sebuah kerajaan Islam yang mencakup
seluruh Indonesia, seperti di zaman Mogul di India. Menurutnya,
Kerajaan Sriwijaya yang Budha dan Majapahit yang Hindu, pernah
mempersatukan sebagian besar wilayah Nusantara.

“Tetapi tidak pernah ada jaman Islam dalam arti kerajaan yang mencakup
seluruh negeri,” tulis TB Simatupang. Begitulah, lanjutnya, dalam arti
tertentu, yang menggantikan Majapahit adalah pemerintahan kolonial
Belanda dan yang menggantikan yang terakhir tersebut adalah
pemerintahan Republik Indonesia. (Lihat, T.B. Simatupang, Iman Kristen
dan Pancasila, (Jakarta: BPK Gunung Mulia, 1997). hal. 11).

Pendeta Dr. Eka Darmaputera, balam bukunya, mengakui, dibandingkan
dengan kebudayaan asli dan Hindu, Islam jauh lebih berhasil menanamkan
pengaruhnya pada seluruh lapisan masyarakat. Ia berhasil mencapai
rakyat biasa dan menjadi agama dari mayoritas penduduk Indonesia.
“Namun demikian, ia tidak menciptakan suatu peradaban baru.
Sebaliknya, dalam arti tertentu, ia harus menyesuaikan diri dengan
peradaban yang telah ada,” tulis Eka Darmaputera. (Lihat, Eka
Darmaputera, Pancasila: Identitas dan Modernitas, (Jakarta: Badan
Penerbit Kristen Gunung Mulia, 1997), hal. 34).

Doktrin tentang “penyatuan Nusantara” oleh Kerajaan Budha dan Hindu
seperti itulah yang selama ini diajarkan di sekolah-sekolah, bahkan
kadangkala juga di berbagai pondok pesantren, melalui pengajaran
Sejarah. Kita pernah mengungkap contoh, sebuah buku Sejarah untuk SMA
Kelas X, (Jakarta: Penerbit Erlangga, 2006), yang menulis, bahwa saat
pelantikannya sebagai Patih Amangkubhumi Majapahit, Gajah Mada
mengucapkan sumpahnya yang terkenal dengan nama Sumpah Palapa (Tan
Amukti Palapa) yang menyatakan bahwa Gajah Mada tidak akan hidup mewah
sebelum Nusantara berhasil disatukan di bawah Panji Kerajaan
Majapahit.

Ditulis: “Bahkan Kerajaan Majapahit dapat disebut sebagai kerajaan
nasional setelah Kerajaan Sriwijaya. Selama hidupnya, Patih Gajah Mada
menjalankan politik persatuan Nusantara. Cita-citanya dijalankan
dengan begitu tegas, sehingga menimbulkan Peristiwa Sunda yang terjadi
tahun 1351 M.” (hal. 48).

Jadi, disimpulkan, bahwa Indonesia pernah jaya dan hebat di zaman
Hindu. Kemudian, dikatakan, datanglah Islam, yakni Kerajaan Demak di
bawah kepemimpinan Raden Patah, untuk menghancurkan kejayaan Indonesia
itu. Jadi, Islam datang untuk menghancurkan kejayaan Indonesia.
Logikanya, kalau mau mengalami kejayaan, Islam harus disingkirkan dari
simbol-simbol dan lambang kenegaraan. Kembalilah ke Majapahit!
Kembalilah ke Hindu, jika ingin meraih kejayaan! Islam ditempatkan
sebagai “musuh persatuan”.

Raden Patah digambarkan sebagai penghancur prestasi Gajah Mada yang
berhasil menyatukan Nusantara! Itulah yang ditulis oleh Buya Hamka
dalam Tafsir al-Azhar, bahwa bangsa Indonesia selama ini dididik untuk
menjauhkan nasionalisme dengan Islam dan hendaklah bangsa ini lebih
mkencintai Gajah Mada ketimbang Raden Patah. “Diajarkan secara halus
apa yang dinamai Nasionalisme, dan hendaklah Nasionalisme diputuskan
dengan Islam. Sebab itu bangsa Indonesia hendaklah lebih mencintai
Gajah Mada daripada Raden Patah.” (Lihat, Hamka, Tafsir al-Azhar --
Juzu’ VI, (Jakarta: Pustaka Panjimas, 1984), hal. 300.)

Cobalah tanyakan kepada siswa atau anak-anak kita, apakah mereka lebih
kenal dan kagum pada Gajah Mada atau Raden Patah? Sekitar 50 tahun
lalu, Buya Hamka sudah menulis dalam Tafsir al-Azhar-nya tentang
fenomena pendidikan sejarah di Indonesia tersebut! Bagaimana agar
anak-anak kita lebih mengenal dan mencintai Gajah Mada ketimbang Raden
Patah, Sultan Agung, dan sebagainya!

Pada 29 Oktober 2011 lalu, kepada sekitar 1.000 mahasiswa peserta
Sarasehan Nasional Lembaga Dakwah Kampus (LDK) di Universitas Gajah
Mada, Yogyakarta, saya tanyakan, mengapa kampus besar ini diberi nama
“Universitas Gajah Mada” dan bukan “Universitas Sultan Agung”.
Padahal, Raja Mataram Yogya tersebut memiliki prestasi besar dalam
mengusir Penjajah Portugis dari Batavia! Kita bukan ingin mengecilkan
Gajah Mada. Tetapi, sebagai Muslim, kita diajarkan untuk bersikap adil
dan beradab, mampu memandang dan menempatkan segala sesuatu sesuai
dengan harkat dan martabat yang ditentukan Allah SWT.

Karena opini tentang kehebatan Majapahit tersebut sudah begitu
dominan, bisa dimaklumi, bahwa sebagian kaum Hindu di Indonesia
berpikir, bahwa bangsa ini harus kembali menjadi Hindu, bila ingin
menjadi bangsa besar. Majalah Media Hindu (edisi Oktober 2011),
menurunkan laporan utama berjudul: “KEMBALI KE HINDU, BILA INDONESIA
INGIN BERJAYA KEMBALI SEPERTI MAJAPAHIT”. Menurut majalah ini, agama
Islam dianggap sebagai agama yang menggusur nilai-nilai budaya bangsa,
sehingga menghambat kemajuan Indonesia. “Namun atas dasar pendapat
tersebut di atas, mustahil suatu bangsa menjadi maju apabila meyoritas
rakyatnya masih menganut agama yang faktanya menggusur budaya dan
nilai-nilai luhur bangsa.” Lalu, disimpulkan oleh Media Hindu:
“Kembali menjadi Hindu adalah mutlak perlu bagi bangsa Indonesia
apabila ingin menjadi Negara Adidaya ke depan, karena hanya Hindu
satu-satunya agama yang dapat memelihara & mengembangkan Jatidiri
bangsa sebagai modal dasar untuk menjadi negara maju.”

Prof. Hamka pernah menulis sebuah artikel berjudul “Islam dan
Majapahit”, yang dimuat dalam buku Dari Perbendaharaan Lama (Jakarta:
Pustaka Panjimas, 1982). Hamka menulis: “Marilah kita jadikan saja
segala kejadian itu, menjadi kekayaan sejarah kita, dan    jangan dicoba
memutar balik keadaan, agar kokohkan kesatuan bangsa Indonesia, di
bawah lambaian Merah Putih! Kalau tuan membusungkan dada menyebut
Gajah Mada, maka orang di Sriwijaya akan berkata bahwa yang mendirikan
Candi Borobudur itu ialah seorang Raja Budha dari Sumatra yang pernah
menduduki pulau Jawa…    Kalau tuan membanggakan Majapahit, maka orang
Melayu akan membuka Sitambo lamanya pula, menyatakan bahwa Hang Tuah
pernah mengamuk dalam kraton sang Prabu Majapahit dan tidak ada
kstaria Jawa yang berani menangkapnya. Memang, di zaman jahiliyah kita
bermusuhan, kita berdendam, kita tidak bersatu! Islam kemudiannya
adalah sebagai penanam pertama jiwa persatuan. Dan Kompeni Belanda
kembali memakai alat perpecahannya, untuk menguatkan kekuasaannya.”

Begitulah imbauan Buya Hamka. Penyesalan dan dendam tentang
pengislaman Nusantara seyogyanya tidak perlu dipelihara. Apalagi,
kemudian mengikuti kemauan dan skenario penjajah untuk mengerdilkan
peran Islam dan memposisikan Islam sebagai agama yang “anti-budaya
bangsa”, sebab budaya bangsa sudah dipersepsikan identik dengan
ke-Hindu-an atau ke-Budha-an. Hukum adat dan warisan kolonial dianggap
sebagai pemersatu, sebaliknya syariat Islam diposisikan sebagai
pemecah belah bangsa.    Kini, sebagian kalangan, masih saja berpikir,
bahwa Islam bukanlah jatidiri bangsa Indonesia. Islam tidak bersifat
universal. Islam hanya untuk orang Islam. Yang bersifat universal
adalah nilai-nilai sekular di luar agama.

Upaya untuk menjauhkan Islam dari kaum Muslim akan berujung kepada
pengerdilan bangsa Indonesia sendiri. Itulah teori kaum orientalis,
sebagaimana pernah ditulis oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas:
“Banyak sarjana yang telah memperkatakan bahwa Islam itu tidak meresap
ke dalam struktur masyarakat Melayu-Indonesia; hanya sedikit jejaknya
di atas jasad Melayu, laksana pelitur di atas kayu, yang andaikan
dikorek sedikit akan terkupas menonjolkan kehinduannya, kebudhaannya,
dan animismenya. (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Islam dalam Sejarah
dan Kebudayaan Melayu, (Bandung: Mizan, 1990, cet. Ke-4), hal. 41.)

Jika nilai-nilai Islam disingkirkan, dan “nilai-nilai di luar Islam”
ditempatkan sebagai jati diri dan simbol-simbol kebangsaan Indonesia,
maka Muslim Indonesia didorong untuk tidak memiliki perasaan memiliki
terhadap negeri ini. Padahal, mayoritas penduduk Indonesia adalah
Muslim. Itulah yang – misalnya – selama ini terjadi dalam kasus
Pancasila. Banyak kaum Muslim tidak merasa memiliki Pancasila karena
Pancasila diajarkan di sekolah-sekolah dalam perspektif sekular untuk
menggantikan Islam.

Tuhan Yang Maha Esa dalam Pancasila (dan Pembukaan UUD 1945)
jelas-jelas bernama Allah SWT, dikaburkan makna dan nama-Nya, menjadi
“Tuhan apa pun”. Padahal, Allah SWT adalah Tuhan kaum Muslim.
Satu-satu-Nya kitab suci di Indonesia yang sejak awal hingga kini
memuat nama Tuhan bernama Allah, hanya al-Quran. Kaum Kristen di
Indonesia kemudian meminjam kata Allah itu untuk menyebut Tuhan mereka
dengan Allah. Tetapi, Allah yang disebut kaum Kristen memiliki sifat
yang sangat berbeda dengan Allah-nya orang Islam. Sebab, Allah dalam
al-Quran tidak pernah mengangkat manusia menjadi Tuhan. Jadi, Tuhan
yang resmi disebut nama-Nya dalam Kosntitusi UUD 1945 adalah Allah
SWT.
Guru besar Ilmu hukum Universitas Indonesia, Prof. Hazairin (alm.),
dalam bukunya, Demokrasi Pancasila, (Jakarta: Rineka Cipta, 1990,
cet.ke-6), menulis: “bahwa yang dimaksud dengan Tuhan Yang Maha Esa
itu ialah Allah, dengan konsekuensi (akibat mutlak) bahwa “Ketuhanan
Yang Maha Esa” berarti “Kekuasaan Allah” atau “Kedaulatan Allah”.
(hal. 31). “Negara RI, wajib menjalankan syariat Islam bagi orang
Islam, syariat Nasrani bagi orang Nasrani dan syariat Hindu Bali bagi
orang Bali, sekedar menjalankan syariat tersebut memerlukan
perantaraan kekuasaan Negara.” (hal. 34).

Penafsiran Pancasila seperti Prof. Hazairin tersebut sejalan dengan
uraian Prof. al-Attas dalam kajiannya tentang sejarah Islam di wilayah
Melayu, yang menempatkan Islam sebagai factor penting dalam perjalanan
sejarah bangsa ini. Kedatangan Islam-lah yang telah memberikan makna
yang sangat tinggi bagi Melayu di wilayah Nusantara ini. “Together
with the historical factor, the religious and language factors began
setting in motion the process towards a national consciousness. It is
the logical conclusion of this process that created the evolution of
the greater part of the Archipelago into the modern Indonesian nation
with Malay as its national language… The coming of Islam constituted
the inauguration of a new period in the history of the
Malay-Indonesian Archipelago” (Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam
and Secularism, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1993), hal. 178)

Sejarah menunjukkan, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Persatuan
sempat ditolak oleh kaum Kristen. J.D. Wolterbeek dalam bukunya, Babad
Zending di Pulau Jawa, mengatakan: “Bahasa Melayu yang erat
hubungannya dengan Islam merupakan suatu bahaya besar untuk orang
Kristen Jawa yang mencintai Tuhannya dan juga bangsanya.” Senada
dengan ini, tokoh Yesuit Frans van Lith (m. 1926) menyatakan: “Melayu
tidak pernah bisa menjadi bahasa dasar untuk budaya Jawa di
sekolah-sekolah, tetapi hanya berfungsi sebagai parasit. Bahasa Jawa
harus menjadi bahasa pertama di Tanah Jawa dan dengan sendirinya ia
akan menjadi bahasa pertama di Nusantara. (Seperti dikutip oleh Karel
A. Steenbrink, dalam bukunya, Orang-Orang Katolik di Indonesia. Lihat
juga buku Van Lith, Pembuka Pendidikan Guru di Jawa, Sejarah 150 th
Serikat Jesus di Indonesia (2009).

Salah satu kesimpulan penting dari buku Historical Fact and Fiction
adalah, bahwasanya penyebaran Islam di Nusantara ini utamanya bukan
dilakukan oleh pedagang, tarekat sufi, atau kaum Syiah, secara
sambilan atau asal-asalan. Dengan bukti-bukti yang kuat dari karya
para penulis Muslim klasik, sumber-cumber China dan Eropa, al-Attas
sampai pada kesimpulan bahwa Islamisasi di Nusantara ini dilakukan
dengan cara yang sistematis, terencana, konsisten, dan dilakukan oleh
para misionaris Islam yang hebat. Islamisasi di wilayah seluas ini
bukanlah pekerjaan sambilan dan asal-asalan: “the spread of Islam by
these Arab missionaries in the Malay world was not a haphazard matter,
a disorganized sporadic affair … It was a gradual process, but it was
planned and organized and executed in accordance with timelines and
situation.” (hal. 32).

Buku Historical Fact and Fiction ini diakui oleh Prof. Wan Mohd Nor
Wan Daud sebagai salah satu karya besar dari al-Attas. Dengan karya
ini, menurut Prof Wan Mohd Nor, al-Attas pantas disebut sebagai salah
satu ahli falsafah sejarah di dunia Islam. Tokoh lain adalah Almarhum
Malek Bennabi dari Aljazair (m. 1973). “Buku terbaru SMN al-Attas,
Historical Fact and Fiction (HFF), meneguhkan kembali kepeloporan dan
kependekaran beliau dalam masalah sejarah, khususnya sejarah di alam
Melayu, yang dipeganginya selama lebih 40 tahun secara penuh
istiqamah,” tulis Prof. Wan Mohd Nor (Republika, 20 Oktober 2011).

Melalui buku terbarunya, Prof. Naquib al-Attas kembali menegaskan
bahwa jati diri bangsa Melayu-Indonesia sejatinya adalah Muslim.
Mereka adalah bangsa Muslim. Identitas dan jati diri Melayu-Islam itu
seharusnya dimanfaatkan oleh bangsa Melayu-Indonesia untuk membangun
negeri mereka secara sungguh-sungguh sehingga mampu tampil sebagai
salah satu peradaban yang kuat di muka bumi. Wallahu a’lam
bil-shawab.*/Jakarta, 8 zulhijjah 1432/4 November 2011

Penulis Ketua Program Studi Pendidikan Islam—Program Pasca Sarjana
Universitas Ibn Khaldun Bogor