Wednesday, September 28, 2011

Fountain pen pertama ...


[Gambar hanya ilustrasi. Bukan pen yang dimaksudkan]

Salah satu dari ciptaan era keunggulan tamaddun Islam yang telah memberi manfaat yang begitu banyak kepada manusia pada hari ini adalah pen berdakwat ( fountain pen ).

Khalifah Ma'ad al- Mu'izz di Mesir minta supaya dapat dibuat pen yang boleh menyimpan dakwat di dalamnya dan tidak mengalir keluar ketika tidak digunakan. Beberapa hari kemudian tukang-tukang di istananya telah membuat sebatang pen yang terdapat penyimpan dakwat padanya dan dakwat itu pula dialirkan ke mata pena mengikut tarikan graviti dan sedutan pembuluh yang mengalirkan dakwat tanpa berlaku tirisan.

Qadi al-Nu'man at-Tamimi, seorang ahli sejarah rasmi ketika itu menulis di dalam bukunya "Kitabul Majalis wal Musayarat' (The Book of Sessions and Excursions) menukilkan bahawa Khalifah telah memerintahkan pembuatan pen itu dengan perintah seperti berikut :

"Beta berhasrat membuat pen yang boleh digunakan untuk menulis tanpa perlu berulang-ulang mencelupkannya dalam bekas dakwat dan dakwatnya pula tersimpan di dalam (pen) itu sendiri. Pemakainya boleh mengisi dakwat di dalamnya dan menulis apa sahaja yang ia kehendaki. Orang yang menulis dengannya boleh menyimpannya di lengan baju atau di mana sahaja yang dia hendak tanpa takut terkena kesan dakwat atau takut dakwatnya bocar keluar dari pen. Dakwatnya hanya keluar jika memang diperlukan untuk menulis. Beta tak tahu sama ada seseorang sebelum ini pernah mencipta pen seperti ini dan petunjuk kepada kebijaksanaan yang boleh menerobos sesiapa sahaja yang merenunginya dan merealisasikan dengan tepat kepentingan dan tujuannya. Lalu aku bertanya,"Bolehkah perkara ini dilakukan?" Baginda menjawab, "Ia boleh dilakukan dengan izin Allah !"

Namun demikian, hanya beberapa abad kemudian, pada tahun 1636, perekacipta German bernama Daniel Schwenter menggambarkan sebatang pen yang mempunyai simpanan dakwat.

Rujukan : http://www.shininghistory.com/2009/05/fountain-pen.html

No comments: