Tuesday, October 11, 2011

Rayuan bantuan ikhlas kepada mangsa banjir Bangkok


Sekarang Thailand tengah dilanda banjir. Begitu juga dengan Bangkok. Kata Mama saya, di Ayuthaya sangat teruk. Air sudah melebihi bumbung rumah.

Setiap hari saya call mak 2-3 kali semata-mata tanya keadaan rumah macam mana. Mujurlah semua masih selamat. Alhamdulillah. Dan mereka sedang berusaha membantu orang lain.


Ayah kata banjir sangat teruk. Dia sedang run untuk buat kutipan derma bagi mangsa banjir. Dia tanya saya juga, saya kata Insya Allah tapi masih tak janji sangat. Sekarang dah kerja, kalau macam zaman belajar dulu saya masih banyak masa untuk run.

Saya kesal, tak tahu kenapa kerja dijadikan alasan. 

Tadi saya call mak lagi, ayah kuar buat kutipan derma. Semoga Allah permudahkan Papa dan jaga kesihatan beliau untuk membantu orang

Huh. Sebenarnya saya tengah menahan air mata. Ok, itu semua ujian Allah. Insya Allah muslim-muslim di sana selamat dan kuat dengan dugaan ini.

Mak kata sekarang ular sangat banyak. Maklumlah dorang pun tak tahu nak pergi duduk kat mana. 

Bot dah habis jual sebab kereta dah tak boleh guna.

Ini adalah gambar-gambar ikut website. Saya minta ayah tangkap gambar juga tapi dia masih belum ke tempat banjir hanya buat kutipan dari tempat yang masih selamat:


Saya cuba dulu kutip duit dengan cara tulis blog dan FB.

Saya tak minta sahabat-sahabat percayakan saya. Tapi insya Allah, saya tak akan khianat duit yang anda bagi untuk kutipan ini. Saya akan hantar ke ayah dari masa ke semasa. Saya nak buat macam kutipan Somalia dulu tak berani. Maklumlah saya hanya individu untuk tolong ayah cari derma bagi mangsa-mangsa banjir.

Mak kata banjir kali ni lagi teruk dari Pakistant. Dah 20 lebih jenis ribut yang sudah melanda Thailand.

Tidak lupa juga pada nenek di Nakorn Si Thammaraj

Derma ikhlas boleh hulurkan ke no account saya:

Name on account: Tasmeen Sayorwan (Tasmeen sbb masa daftar nama dulu salah tulis)

Bank Account: Maybank

Account no: 1623 5731 5607

Minta sahabat-sahabat yang tolong derma info kat saya melalui:
1. SMS 013 332 4398 atau
2. Facebook: Tasneem Sayorwan atau
3. Email: na_neem@live.com atau
4. Komen saja kat blog ini.

Semoga jasa baik anda semua dibalas Allah. Semoga Allah permudahkan kerja-kerja mereka. 

Ini hanyalah ujian yang kecil, yang kita sendiri belum menghadapinya. Ambillah pengajaran darinya.

Terima kasih kepada semua yang membantu. 

No comments: